Thursday, December 2, 2010

Diantara Bintang Porno, Batik dan Rendang.


Bila Malaysia dituduh maling tarian reog, rendang dan batik yang sama sekali tidak sama coraknya dengan batik Malaysia, ini yang berlaku.

SUMBER

JAKARTA 22 Sept. – Setelah menyepi sejak dua hari menjelang Aidilfitri baru-baru, kumpulan aktivis masyarakat Indonesia pada Rabu kembali mengadakan demonstrasi anti-Malaysia dengan kali ini membawa isu pembantu rumah dari negara itu yang diseksa dan diperkosa oleh majikan Malaysia.

Dalam cuaca hujan yang lebat dan renyai hari ini, demonstrasi berkonvoi 150 motosikal itu membabitkan kira-kira 300 PENUNJUK PERASAAN dari beberapa kumpulan aktivis yang menamakan diri “aliansi pemuda pemudi anti-Malaysia” dengan didominasi anggota kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera).

Dua lagi kumpulan yang turut serta ialah Gerakan Pemuda Daerah dan Relawan Prodemokrasi.

p/s : idulfitri pun masih berdemonstrasi ya..?


Bila bintang filem porno dari Jepang, Maria Ozawa ke Indonesia melakukan pengambaran, ini yang berlaku :

JAKARTA: Barisan Pembela Islam (FPI) semalam membakar poster filem ‘Hantu Tanah Kusir’ ketika menunjuk perasaan membantah kedatangan bekas atres filem lucah Jepun, Maria Ozawa atau Miyabi.

Tunjuk perasaan berkenaan yang diadakan di depan pejabat Maxima Picture, syarikat yang menerbitkan filem berkenaan, di Jakarta Tengah, disertai BERPULUH-PULUH anggota FPI yang tiba dengan menaiki kereta dan motosikal.


Dengan sebahagian besar memakai serban putih, penunjuk perasaan itu melaungkan slogan mengecam kedatangan Miyabi ke Jakarta. Mereka turut melaungkan takbir sambil membakar poster filem yang dibintangi bekas aktres porno itu.

admin : sentimen anti Malaysia melibatkan ratusan pendemonstrasi, manakala demonstrasi menentang kedatangan bintang filem lucah hanya melibatkan puluhan barisan pembela Islam Indonesia. Dimana jagoan nasionalisme yang katanya cintakan Indonesia..? Karena isu budaya yang katanya dinyolong Malaysia, sanggup pegang tahi. Tapi bila membabitkan isu moral hanya dipandang sepi oleh kalian warga Indonesia yang katanya bermaruah.

No comments:

Post a Comment